Pemangku Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau menyeru kepada semua ahli khususnya dan semua rakyat di Negeri Sembilan ini agar mempromosi produk-produk Negeri Sembilan. Warga Negeri Sembilan haruslah merasa berbangga bahawa terdapat banyak produk , tempat bersejarah , kawasan rekreasi , institusi pendidikan agama dan beberapa produk lain di Negeri Sembilan ini yang masih belum diketahui oleh ramai lagi rakyat Negeri Sembilan apatah lagi rakyat Malaysia.
Dengan kemenangan PAS di DUN Paroi yang diwakili oleh Hj Mohd Taufek Abd Ghani yang merupakan anak jati Rembau , sudah semestinya menjadi pemangkin untuk orang luar Negeri Sembilan mengadakan rombongan ke Negeri Sembilan. Jika sebelum ini ramai orang melancong ke negeri Kelantan , sudah sampai masanya pula , Negeri Sembilan menjadi satu destinasi pelancongan yang unik.
Pembukaan satu-satunya kampus Universiti Al Azhar di luar Mesir kelak, akan menjadikan Rembau, Negeri Sembilan sebagai tempat tumpuan pelancongan institusi agama.
Justeru itu adalah disarankan kepada semua ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan di Negeri Sembilan ini agar menggalakkan usaha mempromosi produk Negeri Sembilan dengan menganjurkan aktiviti , mesyuarat , bengkel , seminar dan sebagainya dalam Negeri Sembilan.
Pemangku Yang Dipetua PAS Kawasan Rembau juga menyarankan agar Menteri Besar Negeri Sembilan sendiri mengeluarkan arahan atau gesaan kepada ketua-ketua jabatan serta wakil-wakil rakyat agar menjadi duta produk pelancongan Negeri Sembilan.
20080414
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan